Setiap hari-hari yg kt lalui kadangkala menggembirakan, menyedihkan dan adakalanya membosankan.. Tapi ape pula hari yg bakal kt hadapi, bagaimana? Persoalan yang sering mengganggu setiap orang di muka bumi ini... Yang penting pada diri kita sendiri, bagaimana untuk kita menghadapinya dan memahami situasi itu sendiri...

Sabtu, 20 Jun 2009

Apabila yang di cari adalah pahala

Apabila anda menyampaikan sesuatu lalu anda dibalas dengan sebuah tamparan dan kejian yang menyakitkan, maka bersabarlah, usah cepat melenting dan terkejut. Jangan pula terus membenci dan meluah kata-kata kesat sama seperti mereka.
Kerana bukan redha mereka yang kita harapkan. Bukan jua tagih simpati mereka yang kita nanti-nantikan.
Sesungguhnya kita hanya menyampaikan sesuatu yang perlu disampaikan. Kita menyampaikan hanya kerana Allah jua. Maka, apa jua yang kita lakukan, hanya kepada Allah tempat kita berharap. Kepada Allah jua tempat kita bersimpuh.
Hanya pahala dan kebaikan dari Allah-lah tujuan sebenar kita.
Kita mencari redha Allah semata. Jauh sekali mengharap habuan manusia yang sedikit jika dibandingkan kurnia dan pahala dari sisi-Nya.
Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku tidak meminta upah sedikit pun darimu atas da'wahku dan bukanlah aku termasuk orang-orang yang mengada-adakan.” (Surah Shaad, 38: 86)
Sesungguhnya kita hanya berusaha menyampaikan sesuatu yang realiti lagi hakikat. Bukan fantasi dan imaginasi yang diada-adakan. Kita hanya menyampaikan agama yang di dalamnya ditegakkan fakta-fakta ilmiyah dari kalamullah dan hadis-hadis Rasul-Nya, insyaAllah...
Biarkanlah mereka berfikir jika mereka mahu berfikir.
“Maka apakah mereka tidak memikirkan?” (Surah Yasin, 36: 62, 68)
“Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah ar-Ra’d, 13: 4)
Maka, usahlah bersedih. Tidak perlu putus asa. Jika benar yang anda cari adalah redha dan pahala dari sisi Allah.
Kerana Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“... Padahal tidak ada seorang pun memberi suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya, tetapi (dia memberikan itu semata-mata) kerana mencari keredhaan Tuhannya yang Maha Tinggi. Dan kelak nanti dia benar-benar mendapat kepuasan.” (Surah al-Lail, 92: 19-21)
Istiqomahlah di atas kebenaran di atas jalan-jalan ilmu dan fakta.
Sesungguhnya, untuk mereka yang melaksanakan kebaikan itu, dari sisi Allah jua pahalanya, dan tidak akan sirna dikeranakan kejian dan makian manusia.
Wallahu a’lam...

Fw msg frm Mie qa.. (09-June-09)

Kemenangan Bermula Dgn Fikiran

Sebelum kita hendak memenangi sesuatu pertandingan, kita hendaklah membayangkan
kemenangan tersebut terlebih dahulu dalam pemikiran. Sebelum melibatkan diri dalam
sesuatu perkara (peperiksaan, sukan, berpidato dan sebagainya) terlebih dahulu bayangkan
kemenangan tersebut. Pasti, ia akan memberi semangat dan kekuatan yang membara
apabila melakukan.

Sebelum kita melakukan sesuatu kerja, kita lazimnya bercakap seorang diri (berbisik di hati
kecil) dan cuba mencongak apakah kita mampu untuk melakukan kerja berkenaan dengan
berjaya.

Katakan kita telah dipilih untuk mewakili negara ke pertandingan Sukan Komanwel. Kita
diberitahu bahawa ada beberapa atlet hebat yang akan menyertai pertandingan sukan itu.
Akibatnya, kita akan risau dan bimbang serta mula meragui kemampuan diri sendiri.

Percayalah, jika kita menyertai apa-apa jua pertandingan dan memulakan sebarang tugas
dengan bersikap pesimis, nescaya kita akan kecundang kerana kemenangan sebenarnya
bermula dari dalam akal fikiran.

Ini bermakna apabila berhadapan dengan apa-apa tugas sekalipun, kita hendaklah terlebih
dahulu meyakini kemampuan diri dan sentiasa optimis kita akan berjaya. Walaupun pendirian
seperti ini belum menjamin kejayaan sepenuhnya, namun ini penting jika ini berjaya.


Petikan dari Buku Prinsip dan Falsafah Kejayaan
Pengarang: Dr Sukri Abdullah.


Fw e-mail 05-06-2009 (frm Mie qa)

Isnin, 8 Jun 2009

It's a Family Day..

Hari yg d nanti dan d tunggu pun sampai.. 07-June-2009 hari yg menyeronokkan, memenatkan.. dan tak tau ape lg ntah.. Harini la kami saudaramara dpt berkumpul bertemu dan sempat memohon maaf maklumla dah lama tak jumpe muka dan b'tanya khabar... Yang jauh dan dkt dpt b'kumpul bertambah erat silaturrahim.

Banner hari keluarga

Acara bermula pkl 7.00pg, mula dgn pendaftaran... then sarapan pagi.. sesi fotografi, bacaan doa, tazkirah dan bacaan ayat2 Al-Quran supaya majlis bertambah berkat.. Kemudian acara d teruskan dgn ucapan dr pengerusi tahunan Tuan Haji Sapie dan nenda tersayang Hjh Muslimah..

Nenda tersayang

Sukaneka b'mula pkl 10.30, pelbagai acara tlh d susun bg memeriahkan suasana.. aku pun tumpang sekaki.. snap pic n join la.. ni je pic yg sempat d snap.. sbb asik dok lyn perut.. hehe..



Ptg sblm habis ada mesyuarat for next familyday.. n ada ptg2 kek skt.. nenek pun baca la doa.. mintak cucu die yg blm jumpe jodoh tu cpt2 dpt jodoh hehe..





Byk lg pic yg aku ambik tp tak dpt nak load sume.. ssh skt hehe.. ape yg ada kat atas tu sume isi2 penting la tu.. untuk next Familyday dah sepakat nak buat lps 2 thn kat Bukit Changgang...

Balik rmh dah letih sgt, mandi makann terus tetido.. nak bangun g keje pun rasa malas sgt.. tp tanggungjawab ttp kene buat kan..

Khamis, 4 Jun 2009

Kawan Baik

Bukannya senang nak cari kawan yang baik.
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia. Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya
untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yan g baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik. Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna. Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya .

Kita bukanlah kawan yang baik jika menuduh kawan baik sesuatu yg didengar dari kawan lain mengenai kawan baik tanpa usul periksa

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik...kepada kawan baik kita.

Kita kawan kan...???

CREDIT: ABG GEM (Selamber Jer)

Rabu, 3 Jun 2009

Kubur Yang Indah (dr e-mail fwd rec 02/06/2009)

Org berilmu akan terselamat di dunia dan d yaumul
masyar kelak. Oleh i2
rebutlah 5 perkara sblm datangnya 5 perkara....
________________________________

Dekat Malaysia ke ni? Bukan di singapura..

Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam:

Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata,

"Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan 
dikapur
(di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga
didirikan bangunan
diatasnya."

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga
dan seumpamanya bersama
jenazah adalah diharamkan yang telah menular di
kalangan orang-orang
Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan
Melayu kuno dalam
upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana
perbuatan tersebut boleh
mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi
makna bermegah-megah dan
berbangga.

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina
menggunakan marmar
(marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan
dengan ajaran
Rasulullah
shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana
terdapat pembaziran harta
yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah
dan menunjuk yang
amat
dimurkai Allah subhanahuwata'ala.


Jumaat, 29 Mei 2009

Hujung Bulan

Hem.. bl dah masuk hujung bulan cam ni... rasa sakit plak.. bkn sakit ape, kering takde duit.. hik hik hik almaklumla.. gaji tak masuk lg... mungkin ada org lain dah dpt gaji ye la ada company yg masukkan gaji 25hb, ada jg yg 2kali sebulan.. tp lain dgn tempat kje aku, kene tunggu 7hb setiap awal bulan.. (dah kering gile ni..)

Baru2 ni pun kene selsema.. nasib baik alhamdulillah cepat sembuh, 2 ke 3 hari je klu lambat baik tak tau la... alamatnye kene g klinik la, dah la tgh sengkek..

Dalam sakit2 tu pun kene keje jg, GM nak buat stock take... aduh, dgn habuk dan kotor kat sekeliling, tabahkan hati je la.. sam pai hr ni kejang kat kaki masih rasa lg, maunye tak 8 jam kat store tu... pastu nak kene semak plak result yg kuar tu... tak tau ape big bos kata nanti bl tgk..

Dah la tgh kering, byk plak kad2 undangan yg dtg.. cthnye hr ni kene miss satu majlis (little brother my ex bf) sbb kene keje, then tempat tu jauh jg.. but dah sent satu msg say sorry coz tak dpt dtg.. Mlm ni pun ada, esok pun ada.. alamak hancus my diet weh.. takkan dtg tak mkn kot, rugi la kan..

Ish3.. dah 2 ke 3 post asik cite pasal kenduri je, nak buat camne story gak kan..

Rabu, 20 Mei 2009

Cerita Baru...

Bosan ckit arini... tak banyak keje nak buat... cume update data, inv n report...

Ape erk..???

Ingat tak aku pernah story pasal sorang member yg kene paksa kawin then lari dr rumah... baru2 ni kt org ada ym lps 2 bln die menghilangkan diri... citenye... die tak kawin lg pun, still on disscussion with his family... n one thing die kate die dah tak nak cite lg pasal bende2 lama, buka buku baru.. bagus la tu, yg penting die tak jadi anak derhaka.. n tak buat dosa besar... hope die akan temui kebahagiaan yg dia cari... n still anggap aku ni kwn die...

Cite pasal kawin ni, cuti sekolah dah dekat... berderet2 org nak terima menantu... sehari je sampai 4 ke 5 jemputan.. camne nak g erk? makan tu klu tolak rugi... (opss!) hehehe... kantoi... tp tu la.. schedule dah penuh, asyik g rumah org jerk, rumah aku bl die org nak dtg plak...

Ahad, 17 Mei 2009

Ahad yg tenang...

Pg ni aku bangun cam biasa, wlupun cuti tp kene bangun awal.. mak aku pantang klu aku bangun lewat.. "anak dara tak elok bangun lewat2" kata die... so aku pun dah terbiasa tak leh bangun lewat, wlu camne lewat pun aku tidur mlm td..

Aktiviti pg ni d mulakan dgn rendam baju konon nak basuh tp last2 mak jg yg jd mangsa.. ape la punya anak.. tp aku tak duk diam.. aku g cuci kete aku yg dah tak rupe kete pasal dah sebulan tak cuci hehe... malunye..

Harini mak kene g rumah sedara ada kenduri kawin, kene g rewang.. aku malas nak ikut.. salah satu sbbnye mls nak jwb soalan yg takde jwpn... hem... kesian kat mak sbb jd mangsa kene jwb soalan tu plak arini.. ape nak buat ni jela sorang anak dara die yg tinggal.. so sume mengharap kat aku cpat dpt jodoh kot.. hehe.. hem... no komen..

Aktiviti aku yg seterusnya.. try balik baju2 lama.. wah! so impressive, byk yg dah bolh pakai.. yey yey.. finally.. cume ade part yg kene tunggu skt, kene kecikkan sikit lg hehe..

Panas jg hr ni.. mati kutu jg, nak buat ape ni... nak tido pun panas bukan main, angin yg kuar dr kipas terasa bahang je.. last2 aku telalap tak sedar diri..
alamak! aku tido siang ke?... kuang3..

Actually aku mmg suke duk kat rumah.. tak kirala ape keadaan rumah aku tu.. panas ke.. riuh ke... sebok ke.. bingit ke.. aku ttp suke duk kat rumah dari kuar rumah tak tentu haluan.. tak la baik sgt.. tp hobi aku mmg suke duk kat rmh.. so what!

Congrats tu Hafiz coz dah menang AF7 semalam.. mmg die patut dpt.. coz dah kerje keras 10 weeks.. bkn keluar pastu rehat 2 weeks, the tetibe betanding tu gelaran juara.. tak adil!

Ape aku mengarut ni..

Jumaat, 15 Mei 2009

Hari yang meletihkan...

Pkl 8.00pg
Dah lama tak update blog ni... skrg dgn template2 sekali aku update.. cantik tak? klu tak suke aku akan tukar nanti.. huhu.. actually arini kene keje n plg letih coz kene kemas store... aaaarrrrrrghhhhh.... byk tul dokumen nak kene seperate... but, nak taknak kene wat gak..n yg tak bestnye cotton boxs sampai next monday, so kene re- packing next monday la.. hem...

Pkl 10.00pg
erm.. lapar lak.. dah la on diet ish... tp lapar... tolong....

Pkl 1.00tgh hr
wow... nasi beriani.. kari ayam kaw2 pedas.. telur rebus.. coslaw.. kuah dal.. papadam.. sekali bos aku belanja... uih jenuh nak menghabiskan.. hancur diet... anyway dah lost 13kgs lupe nak inform hehe.. (seluar lama pun dah leh pakai balik..) but sorry tak beli lebih tuk my GM... cian die..

Pkl 3.30ptg
ye.. dah siap.. but will continiu on monday.. erm... now update my blog n change all the design... (actually dah pandai nak tukar itu n ini that's y la rajin sgt hehehe...)

owh... mlm ni final AF7.. sape menang erk.. sape2 la.. accept YAZID, tak minat ngan attitude die.. anyway good luck to all finale AF7

Jumaat, 8 Mei 2009

Rahsia Wanita Berdasarkan 4 Unsur

Rahsia wanita berdasarkan 4 unsur iaitu tanah, air, api, dan angin
Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga.

i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas

Wanita berunsur Tanah
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar.
Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
-Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh.
-Setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
-Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
-Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
-Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Wanita berunsurkan Air
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan.
Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
-Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
-Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
-Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
-Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak.
Wanita bersifat api:
-Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
-Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
-Penasihat yang baik kepada suami.Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
-Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
-Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.

Wanita berunsur Angin
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga.
Wanita yang berunsurkan angin:
-Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
-Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
-Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
-Bijak mewujudkan suasana selesa.
-Hati yang cepat berubah ubah.


percaya tak?... tp kadangkala ada jg persamaan ngan diri kt... anyway terpulang..

Sabtu, 18 April 2009

Hari Bertuah..

Suka nak kongsi cerita... mungkin bulan ni bertuah bagi aku.. tak sangka masuk peraduan suka-suka tp semua menang.. walaupun tak seberapa nilainya tp bg aku yg jarang masuk peraduan memang cukup bermakna.. yela dpt produk kecantikan sampai RM250... klu ikut budget mane nak beli sampai camtu... apepun syukur alhamdulillah... huhu

Selasa, 31 Mac 2009

Selamat Ulang Tahun..


Harini rasa sayu sangat.. rasa nak menitis je air mata ni.. kalau tak sebab ada kat office mesti dah berjuraian air mata ni.. kenapa? tentunya sebab kenangan terindah.. semua orang ada kenangan terindah kan.. aku juga.. 1-Apr-09 biarlah dlm ingatan... yang pastinya aku amat merindui die dan masih mengharap pada die, tp...

Biarlah takdir yang tentukan.. aku pasrah..

Isnin, 30 Mac 2009

Bisnes oh Bisnes

Selalu mengeluh tak cukup duit... Tengah pikir-pikir bisnes ape yg sesuai nak start. Niat tu bukan nak jadi jutawan, cukup la klu dapat bayar-bayar ape yg patut. Kalau ada rezeki boleh juga jadi jutawan hahaha... Amboi berangan-angan, insyaallah boleh kadi kenyataan...
Sebanarnya macam-macam boleh kita buat, cuma pokok pangkalnya pada hati dan berani tanggung risiko.. Insyaallah, kalau takde aral nak start bisnes perfume bila dah cukup modal nanti.

Khamis, 26 Mac 2009

Mengapa Kata Sayang

Marah, Geram, Benci, itu sebahagian perasaan manusia... itu jg yg aku alami, knp nak luahkan perasaan sayang dan rindu pada kita tapi hakikatnya perasaan yg sama jg diluahkan pada org lain. Kita tak berhak marah ke, atau sakit hati bl kt rasa di permainkan... susahnya nak cri kawan yg sama2 senang, dan sama2 susah. Dah pupus ke lelaki jujur dalam dunia ni???

Isnin, 23 Mac 2009

Duhai Sahabat

Semalam dapat sms dr kawan lelaki... katenye die kene paksa kawin dgn pilihan mak ayahnya, die tak setuju jadi die ambil keputusan keluar dr rumah, dah seminggu tak balik... Derhaka kalau lawan cakap mak ayah, tapi salah ke klu anak nak cari kebahagiaan hidup sendiri...

Jumaat, 20 Mac 2009

Perutku Lapar

Dah sebulan berdiet.. mmg comel, dari 84kg sekarang dah 76kg. Kejap lagi blh la pakai balik seluar lama.. hehehe.. tak sabar rasanya.