Setiap hari-hari yg kt lalui kadangkala menggembirakan, menyedihkan dan adakalanya membosankan.. Tapi ape pula hari yg bakal kt hadapi, bagaimana? Persoalan yang sering mengganggu setiap orang di muka bumi ini... Yang penting pada diri kita sendiri, bagaimana untuk kita menghadapinya dan memahami situasi itu sendiri...

Sabtu, 20 Jun 2009

Kemenangan Bermula Dgn Fikiran

Sebelum kita hendak memenangi sesuatu pertandingan, kita hendaklah membayangkan
kemenangan tersebut terlebih dahulu dalam pemikiran. Sebelum melibatkan diri dalam
sesuatu perkara (peperiksaan, sukan, berpidato dan sebagainya) terlebih dahulu bayangkan
kemenangan tersebut. Pasti, ia akan memberi semangat dan kekuatan yang membara
apabila melakukan.

Sebelum kita melakukan sesuatu kerja, kita lazimnya bercakap seorang diri (berbisik di hati
kecil) dan cuba mencongak apakah kita mampu untuk melakukan kerja berkenaan dengan
berjaya.

Katakan kita telah dipilih untuk mewakili negara ke pertandingan Sukan Komanwel. Kita
diberitahu bahawa ada beberapa atlet hebat yang akan menyertai pertandingan sukan itu.
Akibatnya, kita akan risau dan bimbang serta mula meragui kemampuan diri sendiri.

Percayalah, jika kita menyertai apa-apa jua pertandingan dan memulakan sebarang tugas
dengan bersikap pesimis, nescaya kita akan kecundang kerana kemenangan sebenarnya
bermula dari dalam akal fikiran.

Ini bermakna apabila berhadapan dengan apa-apa tugas sekalipun, kita hendaklah terlebih
dahulu meyakini kemampuan diri dan sentiasa optimis kita akan berjaya. Walaupun pendirian
seperti ini belum menjamin kejayaan sepenuhnya, namun ini penting jika ini berjaya.


Petikan dari Buku Prinsip dan Falsafah Kejayaan
Pengarang: Dr Sukri Abdullah.


Fw e-mail 05-06-2009 (frm Mie qa)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan