Apa Cerita??

Setiap hari-hari yg kt lalui kadangkala menggembirakan, menyedihkan dan adakalanya membosankan.. Tapi ape pula hari yg bakal kt hadapi, bagaimana? Persoalan yang sering mengganggu setiap orang di muka bumi ini... Yang penting pada diri kita sendiri, bagaimana untuk kita menghadapinya dan memahami situasi itu sendiri...

Isnin, 26 April 2010

Apple iPhone 3GS oh...

Hem.. bila agaknya aku dpt pki iphone erk.. canggih tu, byk aplikasi yg takde dlm tel lain. Harga pun blh tahan gak kan? aaarrrrgggg... nak iPhone, nak iPhone... help! help!






Canggihkan?.. tangkap leleh je negok..

Ahad, 25 April 2010

Nad (AF8) Tersingkir..


Giliran Nad pelajar dr klang tersingkir mlm ni..


Actually, my opinion la kan suara die mmg tak sdp sgt pun.. tp tak tau knp die masih kat akedemi lg.. maybe die dah ada peminat die sendiri..


Apepun, good luck to Nad kat luar sana k..

Lama tak g Tesco..

Gambar sekadar hiasan



Ptg td lps ambik laptop kat Banting town, singgah jap kat Tesco Bandar SgMas.. lama gak tak gi.. tp yg tak bestnye bl g sane, mesti tak cukup troli, jgn kata troli, bakul pun takde. camne nak bwk barang nih? Nasib baik ada 2 tangan. Sampai tgh jalan baru jumpe bakul tupun bl kat tangan dah byk barang.




Satu hal lg.. dah la hari ahad, ramai org nak bershopping, counter casher bkk cume 3 je.. dah la org beli barang sampai satu troli penuh tak hengat.. hem...




Bkn nak cmplaint sgt pun.. cume rase tak best je beli barang kat sana skrg. That's why lama tak g sama kot..

Last update 20-Jun-2009?

Assalamualaikum w.b.t.

Lama gile tak update. bio btl.. dah nak dkt setahun tu.. bkn tak nak update tp masa tak mengizinkan, bkn sibuk sgt pun actually, takleh on9 kat umah, takde pc n intenet.. huhuhu... :( sedey. sblm ni curi2 update kat ofice.. hehe sory bos..

But from now on start, promise will update this blog. dah lame terbiar ni. camne nih.

Ada byk cite nak upload actually.

Bersambung...

Sabtu, 20 Jun 2009

Apabila yang di cari adalah pahala

Apabila anda menyampaikan sesuatu lalu anda dibalas dengan sebuah tamparan dan kejian yang menyakitkan, maka bersabarlah, usah cepat melenting dan terkejut. Jangan pula terus membenci dan meluah kata-kata kesat sama seperti mereka.
Kerana bukan redha mereka yang kita harapkan. Bukan jua tagih simpati mereka yang kita nanti-nantikan.
Sesungguhnya kita hanya menyampaikan sesuatu yang perlu disampaikan. Kita menyampaikan hanya kerana Allah jua. Maka, apa jua yang kita lakukan, hanya kepada Allah tempat kita berharap. Kepada Allah jua tempat kita bersimpuh.
Hanya pahala dan kebaikan dari Allah-lah tujuan sebenar kita.
Kita mencari redha Allah semata. Jauh sekali mengharap habuan manusia yang sedikit jika dibandingkan kurnia dan pahala dari sisi-Nya.
Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku tidak meminta upah sedikit pun darimu atas da'wahku dan bukanlah aku termasuk orang-orang yang mengada-adakan.” (Surah Shaad, 38: 86)
Sesungguhnya kita hanya berusaha menyampaikan sesuatu yang realiti lagi hakikat. Bukan fantasi dan imaginasi yang diada-adakan. Kita hanya menyampaikan agama yang di dalamnya ditegakkan fakta-fakta ilmiyah dari kalamullah dan hadis-hadis Rasul-Nya, insyaAllah...
Biarkanlah mereka berfikir jika mereka mahu berfikir.
“Maka apakah mereka tidak memikirkan?” (Surah Yasin, 36: 62, 68)
“Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah ar-Ra’d, 13: 4)
Maka, usahlah bersedih. Tidak perlu putus asa. Jika benar yang anda cari adalah redha dan pahala dari sisi Allah.
Kerana Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“... Padahal tidak ada seorang pun memberi suatu nikmat kepadanya yang harus dibalasnya, tetapi (dia memberikan itu semata-mata) kerana mencari keredhaan Tuhannya yang Maha Tinggi. Dan kelak nanti dia benar-benar mendapat kepuasan.” (Surah al-Lail, 92: 19-21)
Istiqomahlah di atas kebenaran di atas jalan-jalan ilmu dan fakta.
Sesungguhnya, untuk mereka yang melaksanakan kebaikan itu, dari sisi Allah jua pahalanya, dan tidak akan sirna dikeranakan kejian dan makian manusia.
Wallahu a’lam...

Fw msg frm Mie qa.. (09-June-09)

Kemenangan Bermula Dgn Fikiran

Sebelum kita hendak memenangi sesuatu pertandingan, kita hendaklah membayangkan
kemenangan tersebut terlebih dahulu dalam pemikiran. Sebelum melibatkan diri dalam
sesuatu perkara (peperiksaan, sukan, berpidato dan sebagainya) terlebih dahulu bayangkan
kemenangan tersebut. Pasti, ia akan memberi semangat dan kekuatan yang membara
apabila melakukan.

Sebelum kita melakukan sesuatu kerja, kita lazimnya bercakap seorang diri (berbisik di hati
kecil) dan cuba mencongak apakah kita mampu untuk melakukan kerja berkenaan dengan
berjaya.

Katakan kita telah dipilih untuk mewakili negara ke pertandingan Sukan Komanwel. Kita
diberitahu bahawa ada beberapa atlet hebat yang akan menyertai pertandingan sukan itu.
Akibatnya, kita akan risau dan bimbang serta mula meragui kemampuan diri sendiri.

Percayalah, jika kita menyertai apa-apa jua pertandingan dan memulakan sebarang tugas
dengan bersikap pesimis, nescaya kita akan kecundang kerana kemenangan sebenarnya
bermula dari dalam akal fikiran.

Ini bermakna apabila berhadapan dengan apa-apa tugas sekalipun, kita hendaklah terlebih
dahulu meyakini kemampuan diri dan sentiasa optimis kita akan berjaya. Walaupun pendirian
seperti ini belum menjamin kejayaan sepenuhnya, namun ini penting jika ini berjaya.


Petikan dari Buku Prinsip dan Falsafah Kejayaan
Pengarang: Dr Sukri Abdullah.


Fw e-mail 05-06-2009 (frm Mie qa)

Isnin, 8 Jun 2009

It's a Family Day..

Hari yg d nanti dan d tunggu pun sampai.. 07-June-2009 hari yg menyeronokkan, memenatkan.. dan tak tau ape lg ntah.. Harini la kami saudaramara dpt berkumpul bertemu dan sempat memohon maaf maklumla dah lama tak jumpe muka dan b'tanya khabar... Yang jauh dan dkt dpt b'kumpul bertambah erat silaturrahim.

Banner hari keluarga

Acara bermula pkl 7.00pg, mula dgn pendaftaran... then sarapan pagi.. sesi fotografi, bacaan doa, tazkirah dan bacaan ayat2 Al-Quran supaya majlis bertambah berkat.. Kemudian acara d teruskan dgn ucapan dr pengerusi tahunan Tuan Haji Sapie dan nenda tersayang Hjh Muslimah..

Nenda tersayang

Sukaneka b'mula pkl 10.30, pelbagai acara tlh d susun bg memeriahkan suasana.. aku pun tumpang sekaki.. snap pic n join la.. ni je pic yg sempat d snap.. sbb asik dok lyn perut.. hehe..



Ptg sblm habis ada mesyuarat for next familyday.. n ada ptg2 kek skt.. nenek pun baca la doa.. mintak cucu die yg blm jumpe jodoh tu cpt2 dpt jodoh hehe..





Byk lg pic yg aku ambik tp tak dpt nak load sume.. ssh skt hehe.. ape yg ada kat atas tu sume isi2 penting la tu.. untuk next Familyday dah sepakat nak buat lps 2 thn kat Bukit Changgang...

Balik rmh dah letih sgt, mandi makann terus tetido.. nak bangun g keje pun rasa malas sgt.. tp tanggungjawab ttp kene buat kan..